Undi bukan Melayu merosot jika pilih Dr Mahathir: Ronnie

Ronnie Liu
Ronnie Liu
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu secara peribadi memberi bayangan akan berlaku kemerosotan undi bukan Melayu terhadap Pakatan Harapan yang kini dikenali dengan nama PH Plus jika mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Ini pendapat peribadi saya dan bukan pandangan parti (DAP), saya melihat undi bukan Melayu sudah kembali kepada PH selepas berlaku ‘rampasan’ kuasa daripada kerajaan sekarang.

“Jika Dr Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri untuk PH maka saya rasa undi bukan Melayu untuk PH akan merosot sekali lagi,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - DAP sokong Dr Mahathir jadi PM, Anwar TPM

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook menggesa PKR menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana komponen PH lain sudah bersetuju.

Bagi Ronnie, Anwar merupakan calon paling sesuai untuk PH kerana masih menjadi harapan rakyat ketika Dr Mahathir dilihat seperti sudah kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia.

“Saya percaya Anwar berupaya mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk mengambil alih kerajaan Pusat dan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu bagaimanapun berpendapat, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan berpecah kerana isu pencalonan Perdana Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Opsyen DAP lantik Tun M calon PM saranan terbaik: Amanah

“Perbezaan pendapat atau pendirian satu perkara biasa dalam politik. PKR tidak akan bergerak sendiri. DAP dan Amanah pun tidak akan bergerak sendiri. Ini kerana pimpinan PH memahami,kekuatan datang dari perpaduan ketiga ketiga parti,” katanya.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN] - PKR tolak Dr Mahathir, pilih Presidennya sebagai PM