Dua premis milik warga asing disita

Penguatkuasa MBS merampas peralatan yang digunakan oleh warga asing itu.- Foto MBS
Penguatkuasa MBS merampas peralatan yang digunakan oleh warga asing itu.- Foto MBS
A
A
A

NILAI - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyita dua premis membaiki kenderaan milik warga asing di Taman Semarak 2 dekat sini dua hari lalu kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hamizam Ahmad, berkata, warga asing dari Nepal dan Bangladesh itu menjalankan perniagaan berkenaan secara haram sejak beberapa bulan lalu.

"Kesemua peralatan dirampas dan premis mereka disita serta-merta," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, seramai empat penguat kuasa melakukan rondaan dan pemeriksaan di sekitar Nilai dalam usaha mengesan warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram.

"Hasil pemeriksaan di kawasan tersebut, sebanyak 30 premis telah diperiksa.

Hamizam berkata, operasi akan terus dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan melakukan perniagaan tanpa lesen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Artikel Berkaitan: