Kopi luwak unik, mahal di dunia

Kopi luwak unik dan mahal.
Kopi luwak unik dan mahal.
A
A
A

JAKARTA - Kopi luwak yang sebelum ini terkenal di Indonesia kini mula dikenali di seluruh dunia.

Bagaimanapun, penggunaannya masih pada tahap minimum kerana harganya mahal termasuk di New Zealand, lapor Detik News.

Kisah kopi ini luar biasa kerana cara pengeluaran yang unik.

Di Indonesia, kopi ini mencecah harga tinggi bahkan di dunia kopi luwak tersenarai antara salah satu kopi yang paling mahal.

Melalui siaran langsung Duta Besar Indonesia IGTV ke New Zealand, Tantowi Yahya menjelaskan bahawa kopi luwak kurang diminati oleh pencinta kopi di New Zealand.

Ini diperakui oleh Jason Hall, pemilik Ripe Coffee Roasters yang juga pengimport kopi Indonesia.

Tantowi banyak bertanya mengenai kopi Indonesia di New Zealand, salah satu yang menjadi topik perbincangan ialah kopi luwak.

Jason mengatakan bahawa kopi luwak memang cukup popular tetapi tidak banyak permintaan.

Artikel Berkaitan:

"Kopi luwak kurang diminati kerana harganya sangat mahal. Kopi Luwak berharga mulai Rp 227 ribu (RM68) setiap cawan.

"Berbanding dengan harga kopi biasa yang hanya Rp 54 ribu (RM16) setiap gelas," katanya.

Walaupun tidak terlalu banyak permintaan, tetapi Jason berkata, masih ada yang berminat untuk merasai kopi luwak.

"Mereka mahu mencuba rasa kopi ini kerana kisah di sebalik pembuatan kopi ini cukup menarik.

"Proses membuat kopi luwak bermula dari proses biji kopi dimakan oleh musang dan kemudian keluar bersama najis. Biji kopi akan dipanggang sehingga terhasil kopi luwak," katanya.