Beruang cuba curi kereta?

Beruang panik mendengar jeritan manusis semasa haiwan itu membuka pintu kereta berkenaan.
Beruang panik mendengar jeritan manusis semasa haiwan itu membuka pintu kereta berkenaan.
A
A
A

BRONX - Rakaman video memaparkan seekor beruang ketakutan setelah mendengar jeritan orang ramai ketika haiwan itu cuba 'mencuri' sebuah kereta mewah mencuit hati netizen media sosial.

Satu rakaman video ringkas yang dimuat naik di laman TikTok, memaparkan sekumpulan individu terkejut dan ketakutan melihat seekor beruang berjalan menuju ke kereta Mercedes mereka.

Video tersebut kemudian dimuat naik di laman Facebook dikenali, Eric Santiago dan sehingga kini telah mendapat lebih 250,000 tontonan.

Mereka kemudian sempat merakamkan insiden tersebut daripada tempat yang tinggi iaitu lokasi mereka memerhatikan haiwan liar tersebut berjalan lalu menghampiri kereta terbabit.

Sambil berdiri di kedua belah kakinya, beruang itu kemudian sempat memandang mereka.

Sebaik beruang membuka pintu kereta, kedengaran jeritan sekuat hati dari orang ramai untuk menakutkan beruang tersebut supaya berlalu pergi.

Walaupun kelihatan agak lucu, mujurlah usaha mereka itu berjaya membuatkan beruang tersebut berundur perlahan-lahan dan melarikan diri.

Mana tidaknya, beruang tersebut terhenti daripada melakukan apa yang mahu dilakukannya sebaik sahaja mendengar jeritan daripada individu berkenaan. Mungkin beruang itu pun berasa agak keliru dengan apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan: