TNB: Pembaca meter tidak bertugas elak penularan Covid-19

Amir Hamzah pada sidang media berhubung isu bil elektrik di Suruhanjaya Tenaga hari ini. Turut hadir Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri). - Foto Bernama
Amir Hamzah pada sidang media berhubung isu bil elektrik di Suruhanjaya Tenaga hari ini. Turut hadir Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri). - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dihantar bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nasihat pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan dibuat selaras dengan usaha memutuskan rantaian jangkitan koronavirus (Covid-19) selain pembaca meter tidak termasuk kategori perkhidmatan penting ketika tempoh genting tersebut.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, TNB memberi fokus kepada perkhidmatan bekalan elektrik supaya tidak terganggu.

"Pembaca meter tidak penting dalam tempoh PKP kerana itu bukan untuk memastikan kestabilan sistem yang kita ada.

"Jadi TNB akur apa yang ditentukan kerajaan apabila pembaca meter diminta duduk di rumah. Kita tidak benarkan pembaca meter keluar sehingga kerajaan kata selamat," katanya pada sidang media khas di Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab pembaca meter tidak bertugas selama tiga bulan dalam tempoh PKP itu.

Katanya, pembaca meter hanya dibenarkan keluar menjalankan tugas selepas 15 Mei lalu.

"Jadi keputusan itu berasaskan nasihat MKN mengambil kira pandangan beberapa pihak. Itu sebenarnya dibuat TNB," katanya.

Artikel Berkaitan: