Pengamal perubatan ditahan memandu mabuk

Polis menjalankan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.
Polis menjalankan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pengamal perubatan antara lima individu yang ditahan selepas dikesan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di sekitar daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka berusia di antara 26 hingga 61 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis menjalankan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.
Polis menjalankan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.

Menurutnya, polis turut memeriksa seramai 508 individu dan 356 buah kenderaan dalam operasi kira-kira empat jam bermula jam 11 malam itu.

Nik Ezanee berkata selain itu, pihaknya turut mengeluarkan 36 saman trafik di atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya, hasil operasi mendapati masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol sekali gus membahayakan keselamatan pengguna lain.

“Kita akan terus melaksanakan operasi itu khususnya membabitkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan pentadbiran polis daerah Petaling Jaya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Polis menjalankan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.
Polis menjalankan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.