Bas Hop On Hop Off tarikan pelancong

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) dan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran (kiri) serta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar (kanan) ketika menghadiri sambutan Thaipusam di perkarangan Kuil Arulmigu Sri Subramaniar Gunung Cheruh hari ini. - Foto Bernama
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) dan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran (kiri) serta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar (kanan) ketika menghadiri sambutan Thaipusam di perkarangan Kuil Arulmigu Sri Subramaniar Gunung Cheruh hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri yakin perkhidmatan bas Hop On Hop Off yang bakal diperkenalkan pada suku pertama tahun ini mampu menarik kunjungan pelancong ke Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkhidmatan berkenaan sedang diperhalusi oleh Exco Pelancongan Negeri, Tan Kar Hing serta pihak operator bas berkenaan.

“Kita percaya ia akan menarik minat pelancong untuk gunakan bas Hop On Hop Off ini. Buat permulaan, orang tempatan pun akan tertarik untuk gunakan perkhidmatan ini.

“Bagaimanapun, kita tidak tahu samada laluannya meliputi sehingga ke Kellie’s Castle di Batu Gajah; tetapi ia lebih kepada Lembah Kinta,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena Perasmian Penutup Kejohanan Piala Taming Sari Triples Open Lawn Bowl di Arena Lawn Bowls Perak, petang tadi.

Pasukan Perak muncul juara keseluruhan kejohanan berkenaan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, pihaknya tidak memiliki maklumat mengenai jumlah bas bagi perkhidmatan Hop On Hop Off yang akan digunakan kelak.

Namun katanya, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan berikan insentif kerana percaya perkhidmatan berkenaan akan menjadi satu tarikan baharu dalam industri pelancongan di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

“Kita tak ada maklumat berapa bas, tetapi setakat ini memadai untuk ada satu atau dua bas sebagai permulaan,” katanya.