TNB kekal monopoli sektor bekalan elektrik

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan belum bercadang memecahkan monopoli perkhidmatan bekalan elektrik negara yang kini didominasikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pihak lain.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan sektor penting negara itu dikawal dengan baik.

"Setakat ini kerajaan tidak membuat keputusan (untuk pecah monopoli sektor tenaga) kerana sektor tenaga ini menjadi kepentingan kepada kerajaan.

"Kalau sektor tenaga ini banyak ia akan menyusahkan kita untuk melakukan kawalan, " katanya pada sidang media khas di Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mengenai kawajaran kerajaan untuk mewujudkan persaingan dalam sektor tenaga negara yang ketika kini dimoninasikan TNB.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Shamsul Anuar turut memberitahu penilaian semula tarif elektrik belum dimuktamadkan lagi.

Katanya, penilaian kadar tarif elektrik mempunyai tempoh kajian tertentu.

"Saya bagi jaminan, dalam kajian tarif yang kita buat, kepentingan rakyat akan diberikan keutamaan.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH untuk tarif, kita akan buat pengumuman selepas ini," katanya.