Kemalangan lima treler, seorang pemandu maut

Seorang pemandu maut selepas treler dipandu terbabit dengan kemalangan dengan empat buah treler lain di Jalan Pelabuhan Barat, Klang, tengah malam tadi.
Seorang pemandu maut selepas treler dipandu terbabit dengan kemalangan dengan empat buah treler lain di Jalan Pelabuhan Barat, Klang, tengah malam tadi.
A
A
A

KLANG - Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan lima buah treler di Jalan Pelabuhan Barat di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa dikenali Mohamad Taufiq Abdullah, 32, yang berasal dari Johor Bahru, Johor maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati empat buah treler sedang berhenti akibat kesesakan jalan kerana terdapat kerja penurapan di laluan terbabit.

"Tiba-tiba, treler yang dipandu mangsa melanggar dua buah treler lain dari arah belakang menyebabkan dua lagi treler turut dilanggar antara satu sama lain.

"Kemalangan menyebabkan mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Empat buah treler sedang berhenti akibat kesesakan jalan kerana terdapat kerja penurapan di laluan terbabit.
Empat buah treler sedang berhenti akibat kesesakan jalan kerana terdapat kerja penurapan di laluan terbabit.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.