Penamaan calon PRK DUN Chini dibuka jam 9 pagi

Proses penamaan calon sudah bermula 9 pagi tadi.
Proses penamaan calon sudah bermula 9 pagi tadi.
A
A
A

PEKAN - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sudah bermula sejak 9 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkifli.

Calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, yang tiba di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai pada jam 8.40 pagi menjadi calon pertama menghantar borang penamaan.

Seterusnya diikuti calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zin, 41, dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Hanya calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka dibenarkan masuk ke dalam dewan utama bagi mengemukakan kertas penamaan calon.

Zaliza dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding pada jam 11 pagi.

Artikel Berkaitan: