31 pelarian Rohingya terkandas

Kumpulan pelarian tersebut terkandas di kawasan tanah tidak bertuan sejak Jumaat lalu.
Kumpulan pelarian tersebut terkandas di kawasan tanah tidak bertuan sejak Jumaat lalu.
A
A
A

DHAKA - BANGLADESH. Pihak berkuasa Bangladesh menafikan kemasukan 31 pelarian Rohingya yang mahu masuk ke negara itu dari India, sekali gus menyebabkan mereka kini terkandas di kawasan tanah sempadan tidak bertuan.

Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) pada Isnin memaklumkan kumpulan termasuk wanita dan 16 kanak-kanak itu tinggal di Jammu dan Kashmir sebelum ini.

"Sebahagian daripada kad pengenalan mereka dikeluarkan oleh agensi pelarian PBB di New Delhi. Kami menghalang kumpulan itu ketika mereka cuba melintasi sempadan," kata komander BGB di kawasan itu, Golam Kabir.

Jelasnya, pelarian Rohingya itu telah terkandas di kawasan bersempadan dengan timur laut India itu sejak Jumaat lalu.

Difahamkan, dua pusingan rundingan turut diadakan untuk menentukan nasib mereka, semalam, namun tiada keputusan muktamad dicapai.

Sementara itu, pengawal sempadan India di Tripura memberitahu mereka menyediakan bekalan makanan dan pakaian kepada pelarian Rohingya terbabit. - Reuters

Artikel Berkaitan: