'Tidak mudah wang dibeku dilepaskan'

Gambar hiasan -Foto 123rf, gambar kecil: Hafiz
Gambar hiasan -Foto 123rf, gambar kecil: Hafiz
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan menangguhkan keputusan membabitkan aset sebanyak hampir RM194 juta milik UMNO, Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd tidak membawa maksud lebih banyak aset individu atau entiti lain akan dilepaskan semudah itu.

Peguam, M Hafiz Zainol Abidin berkata, ia bergantung kepada keputusan mahkamah dan sebab tertentu mengapa perlu dipulangkan kepada pihak tertentu.

"Tidak semestinya duit daripada individu atau entiti yang dibekukan sebelum ini akan dilepaskan semudah itu. Ia mesti ada sebab oleh mahkamah untuk memulangkan wang milik pihak berkaitan.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa duit itu hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, peranan mahkamah dalam kes tersebut sama seperti mengendalikan kes jenayah.

"Walaupun mungkin ada yang kata individu terbabit melakukan kesalahan tetapi jika pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie, maka mahkamah terpaksa membebaskan atas bukti keterangan yang ada.

"Sama juga dalam kes wang yang dibekukan ini kerana dalam kes ini pihak pendakwaan gagal membuktikan wang itu daripada Najib," katanya.

Artikel Berkaitan: