PH bukan parti batu loncatan

Syarifah Norhayati (duduk, dua kanan) bersama kepimpinan wanita PH Terengganu.
Syarifah Norhayati (duduk, dua kanan) bersama kepimpinan wanita PH Terengganu.
A
A
A

MARANG - Ahli Parlimen dari BN diingatkan agar tidak menjadikan parti komponen PH sebagai batu loncatan bagi meneruskan survival politik mereka.

Ketua Wanita PH Terengganu, Sharifah Norhayati Syed Omar berkata, Ahli Parlimen BN yang menyertai PH dan keluar semula untuk kembali menyertai parti asal adalah tidak bermaruah.

Ini kerana, katanya yang juga merupakan Ketua Wanita PKR Terengganu, parti dalam PH bukan tempat persinggahan yang boleh disertai Ahli Parlimen BN dan kemudiannya keluar semula.

“Bekas Ahli Parlimen BN diingatkan jangan jadikan PH sebagai tempat untuk mereka bersuka ria, hari ini setuju sertai parti dan esok atau lusa umum keluar pula,” katanya.

Sharifah Norhayati berkata demikian ketika mengulas enam Ahli Parlimen yang mengumumkan keluar parti dan menyertai parti dalam PH akan kembali semula ke pangkuan Umno.

“Wanita PH juga meminta pimpinan tertinggi parti agar tidak memberi ruang dan peluang kepada Ahli Parlimen terbabit menjawat jawatan penting dalam parti peringkat Pusat dan negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan: