Isu tarian: Imej institusi kehakiman pulih jika...

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Imej institusi kehakiman dan perundangan yang teruk tercalar dengan pembabitan tokoh-tokoh penting dalam isu tarian kontroversi dapat hanya dapat dipulihkan sekiranya tokoh terbabit meletak jawatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aksi menari: Ketua Hakim, Peguam Negara perlu beri penjelasan]

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berdansa serta berkongsi pentas yang sama dengan peguam-peguam politik pro PH memberi gambaran seolah-olah Doktrin Separation of Powers sudah tidak wujud di negara ini.

“Hanya dengan peletakan jawatan kedua-dua tokoh penting itu sahaja yang boleh menyelamatkan maruah kedua-dua institusi ini dari terus terkubur dan tidak dihormati.

“Saya agak terkejut mengapa perkara-perkara sepenting ini tidak dihayati oleh mereka yang berlindung di sebalik prinsip Rule of Law,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Rosnah lagi, beliau juga turut kesal dengan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang memberi justifikasi yang boleh diibaratkan sebagai menegakkan benang yang basah.

“Sungguh memalukan lagi apabila pemimpin yang sama pernah mendesak Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi untuk meletak jawatan kerana tular beliau menari selepas perasmian Hari Kemerdekaan beberapa tahun sebelum ini,” katanya.

Jelasnya lagi, setiap hakim mempunyai had di dalam tingkah lakunya sebagai seorang hakim. Ini bukan perkara yang baru tetapi termaktub dalam Kod Etika Hakim 2009. Begitu juga dengan seorang yang bergelar Peguam Negara.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu tarian: Acara babitkan ketua hakim cetus kegusaran]