Covid-19 dikesan di Itali seawal Disember lalu

Orang ramai mula mengunjungi sebuah kafe di bandar Bergamo dekat timur laut Milan selepas pemerintah Itali melonggarkan lockdown. - Foto AFP
Orang ramai mula mengunjungi sebuah kafe di bandar Bergamo dekat timur laut Milan selepas pemerintah Itali melonggarkan lockdown. - Foto AFP
A
A
A

ROM - Air kumbahan dari dua buah bandar di Itali mengandungi kesan koronavirus (Covid-19) pada Disember tahun lalu lebih awal sebelum kes pertama disahkan di negara itu.

Menurut saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (ISS), air dari Milan dan Turin menunjukkan terdapat genetik virus pada 18 Disember.

Pendedahan itu menambah bukti dari negara lain bahawa Covid-19 sebenarnya tersebar lebih awal daripada yang dilaporkan.

Dalam kajian mereka, saintis ISS memeriksa 40 sampel kumbahan yang dikumpulkan dari loji rawatan air sisa di utara Itali antara Oktober dan Februari lalu.

"Sampel untuk empat bulan itu negatif, menunjukkan virus belum muncul ketika itu. Air kumbahan dari bandar Bologna mula menunjukkan kesan virus pada Januari.

"Penemuan tersebut dapat membantu saintis memahami bagaimana virus itu mula merebak di Itali," kata pakar kualiti air ISS, Giuseppina La Rosa seperti dilaporkan BBC.

Beliau bagaimanapun berkata, penyelidikan tidak secara automatik menyatakan bahawa rantai penularan utama yang menyebabkan penularan wabak di Itali berasal daripada kes pertama berkenaan.

ISS juga menyifatkan keputusan tersebut mengesahkan lagi kepentingan strategik air kumbahan sebagai alat pengesanan awal kerana dapat memberikan isyarat kehadiran virus sebelum kes disahkan secara klinikal.

Artikel Berkaitan:

Pada hujung Disember tahun lalu, pegawai China mengesahkan kes pertama di negara terbabit manakala kes pertama Itali adalah pada pertengahan Februari. - Agensi