Pencuri pulang balik barang selepas mangsa menangis

Pencuri berpelukan dengan mangsa selepas pulangkan barang berharga kepadanya. - Foto India Today
Pencuri berpelukan dengan mangsa selepas pulangkan barang berharga kepadanya. - Foto India Today
A
A
A

KARACHI - Aksi dua pencuri pulangkan semula barang berharga milik penghantar makanan yang dicurinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Melalui laporan India Today, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penghantar makanan keluar dari sebuah kedai dengan membawa sebungkus makanan di Karachi, Pakistan.

Sebaik menghampiri motosikal diparkir, dia didatangi dua lelaki bertopeng menunggang motosikal.

Setelah mengambil barang berharga, penghantar makanan dilihat berkata sesuatu kepada pencuri dan menangis.

Mungkin tidak sampai hati, pencuri mengembalikan semula barang berharga milik penghantar makanan lalu memeluknya, bersalaman sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menurut media tempatan Pakistan, pertama kali melihat pencuri memulangkan semula barang yang dicuri dan berbuat baik kepada mangsa.

Terdahulu, video CCTV hampir seminit itu tular di laman sosial dan netizen menyifatkan perbuatan pencuri itu adalah satu kesalahan bagaimanapun setiap individu diberi peluang untuk berbuat baik dan tiada istilah terlambat melaksanakan kebaikan kepada orang lain.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 666,000 tontonan sejak dimuat naik di Twitter The Express Tribune pada 16 Jun.

Artikel Berkaitan: