Timbunan putih bukan sisa bahan kimia

(Foto galeri) Md Zaki (kanan) bersama penduduk kampung menunjukkan longgokan sisa bahan kimia yang dibuang oleh pihak industri berhampiran dengan rumah penduduk.
(Foto galeri) Md Zaki (kanan) bersama penduduk kampung menunjukkan longgokan sisa bahan kimia yang dibuang oleh pihak industri berhampiran dengan rumah penduduk.
A
A
A

IPOH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengesahkan timbunan putih yang disangka sisa bahan kimia yang dilonggokkan di sebuah lombong di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Batu 10, Ulu Chepor itu sebagai tidak merbahaya.

Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, hasil siasatan awal mendapati bahan itu adalah berasaskan batu kapur yang tidak membahayakan kepada penduduk.

"Siasatan awal kami mendapati bahan buangan tersebut bukan Buangan Terjadual dan tidak tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling.

"Bagaimanapun, bahan ini mungkin mudah diterbangkan angin apabila kering menyebabkan kawasan persekitaran berhabuk," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut memanjangkan isu berkenaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkaitan kawasan kejadian.

"Aduan dipanjangkan kepada MBI untuk semakan dari segi kelulusan dan pemilihan tapak yang dijadikan tempat buangan sisa tersebut," katanya.

Semalam, penduduk mengadu curiga akan timbunan pasir putih yang didakwa merupakan sisa bahan kimia yang dibuang oleh pihak industri bagi menambak lombong terbabit.

Bagaimanapun, tindakan pihak terlibat menyebabkan penduduk tidak selesa dengan persekitaran kediaman mereka berhabuk hingga ada menjejaskan kesihatan.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN:Bukan pasir tapi sisa bahan kimia]