Polis Keningau buru lima penjenayah paling dikehendaki

A
A

KENINGAU - Polis Keningau hari ini mendedahkan identiti lima penjenayah paling dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kes jenayah termasuk bunuh, rogol, rompak dan pecah rumah antara tahun 2000 dan 2018.

Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mereka terdiri daripada Mochain Sahidol, 42, dari Batu 11 ½ Jalan Labuk Sandakan; Marlin Koron, 32, dari Kampung Biah Keningau; dan Yahya Kahar, 50, dari Kampung Simpang Empat Papar.

"Dua lagi ialah Mohd Azni Sarni, 42, beralamat di No. 1, Lorong 5, Taman Kemajuan, Kampung Likas, Kota Kinabalu, dan Jamri Rahili, 33, dengan alamat terakhirnya di Rancangan Belia Tiulon, Sook, Keningau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Keningau, di sini hari ini.

Beliau meminta bantuan orang ramai supaya menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat serta mengesan lokasi terkini mereka.- Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia