Tiada pertemuan, sidang akhbar petang ini

Dr Afif (kiri) menziarahi penduduk di Kampung Belah Dua sebentar tadi.
Dr Afif (kiri) menziarahi penduduk di Kampung Belah Dua sebentar tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya menafikan ada sebarang pertemuan wakil rakyat pembangkang dan sidang akhbar petang ini.

Pegawai Khas ADUN Seberang Jaya, Mohamad Haissazc Shuqmin Hisham ketika dihubungi berkata, Dr Afif Bahardin petang ini mempunyai program turun kawasan bagi menziarahi penduduk di kawasannya.

"Kami menafikan sebarang sidang media yang akan berlangsung hari ini.

"Pejabat ini juga ingin menafikan bahawa tiada pegawai khas yang bernama Hery bertugas di Pejabat DUN Seberang Jaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - ADUN pembangkang adakan pertemuan petang ini?

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan satu pertemuan di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri ini termasuk beberapa ahli PKR petang ini.

Melalui kiriman 'maklumat dalaman' yang dihantar kepada Sinar Harian pagi ini, perjumpaan itu akan diadakan jam 5 petang ini di Pejabat ADUN Seberang Jaya di BM City Mall.

Difahamkan, Dr Afif kini sedang menziarahi penduduk di Kampung Belah Dua, di sini.

Artikel Berkaitan: