X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah ibadat bukan Islam di NS dibuka semula Selasa ini

Gambar hiasan. Foto: 123RF
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan rumah ibadat bukan Islam dibuka semula mulai Selasa depan.

Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J Arul Kumar berkata, kebenaran itu diberikan kepada kawasan zon hijau dan kuning kecuali kawasan Rembau dan Sendayan.

Menurutnya, sebelum pembukaan rumah ibadat, jawatankuasa pengurusan tempat ibadat perlu memaklumkan kepada kerajaan negeri melalui pejabat beliau dengan memberikan beberapa maklumat berkaitan tempat ibadat tersebut.

"Rumah ibadat hanya boleh dibuka selepas menerima maklum balas daripada kerajaan negeri.

“Ini adalah untuk memastikan kerajaan negeri mempunyai maklumat lengkap berkaitan tempat-tempat ibadat yang dibuka dan membolehkan pemantauan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, borang pemakluman boleh dihantar terus kepada Pejabat Exco Hal Ehwal Bukan Islam atau e-mel kepada [email protected] atau WhatsApp di talian 016-6668207.

Arul Kumar berkata, perkara paling penting semua rumah ibadat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan jika gagal, ia akan diarahkan tutup.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!