X

Kindly register in order to view this article
!

Arca keris dipindahkan ke bulatan Alor Gajah

Kerja-kerja pengubahsuaian arca keris dijangka siap 10 Ogos depan.
A
A

ALOR GAJAH - Arca keris di Dataran Keris yang menjadi mercu tanda Bandar Alor Gajah akan dipindahkan ke bulatan Alor Gajah.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pemindahan itu bertujuan memastikan keselesaan pengunjung bagi memastikan kawasan tersebut sesuai untuk penganjuran program dan majlis yang membabitkan orang ramai.

Menurutnya, proses pengubahsuaian dan penempatan semula replika keris itu dijangka siap pada 10 Ogos depan selain mengambil kira faktor lalu lintas bagi pengguna jalan raya sebelum kerja-kerja penempatan replika keris itu dijalankan.

Arca keris akan dipindahkan ke bulatan Alor Gajah.
Arca keris akan dipindahkan ke bulatan Alor Gajah.

"Penempatan semula arca keris ini akan menjadikan Dataran Keris lebih luas bagi memudahkan pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan selepas ini tanpa halangan arca yang mengambil ruang yang besar dan menyebabkan dataran keris kelihatan sempit semasa program dijalankan," katanya.

Beliau turut memberitahu, lokasi itu juga akan melibatkan pembinaan landskap baharu dengan mengekalkan replika keris sebagai mercu tanda bagi Alor Gajah sejak dahulu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!