Tiga direman ambil upah baling cat dengan ah long

Barang rampasan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan membaling cat bagi menakutkan individu yang meminjam dengan ah long.
Barang rampasan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan membaling cat bagi menakutkan individu yang meminjam dengan ah long.
A
A
A

KULIM - Tiga penganggur direman empat hari sehingga 21 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan membaling cat ke rumah individu yang membuat pinjaman dengan ah long dalam kejadian di Kulim Hi Tech, 10.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, ketiga-tiga suspek merupakan penganggur berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di Bayan Lepas, Pulau Pinang antara jam 6 hingga 7.40 petang semalam.

Berdasarkan siasatan katanya, suspek berusia 19 tahun mengaku menerima kerja-kerja membaling cat melalui tawaran kerja di laman sosial Facebook dan menerima upah sebanyak RM500 selepas kerja selesai.

"Turut dirampas ialah telefon bimbit, tong cat, tin mengandungi petrol, sarung tangan dan kereta jenis Honda Civic yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu," katanya.

Antara telefon bimbit milik suspek yang dirampas.
Antara telefon bimbit milik suspek yang dirampas.

Beliau turut memberitahu, kegiatan itu dilakukan menggunakan kereta milik ibu suspek berusia 19 tahun bersama dua suspek lain.

Katanya, kesemua suspek mengaku telah membuat kerja-kerja diarahkan di tiga buah rumah di Kulim dan dua lagi rumah di kawasan Pulau Pinang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan cat.

Artikel Berkaitan: