ADUN pembangkang adakan pertemuan petang ini?

Kiriman 'maklumat dalaman' yang dihantar kepada Sinar Harian pagi ini.
Kiriman 'maklumat dalaman' yang dihantar kepada Sinar Harian pagi ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Satu pertemuan di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri ini termasuk beberapa ahli PKR akan berlangsung petang ini.

Melalui kiriman 'maklumat dalaman' yang dihantar kepada Sinar Harian pagi ini, perjumpaan itu akan diadakan jam 5 petang ini di Pejabat ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin di BM City Mall.

Bagaimanapun Afif gagal dihubungi bagi mendapat pengesahan mengenai perkara itu manakala salah seorang pegawainya pula ketika ditanya mengatakan maklumat berkenaan adalah palsu.

Dalam mesej jemputan berkenaan turut disertakan nombor kononnya pegawai khas yang memanggil pertemuan itu namun ketika dihubungi panggilan berkenaan tidak dijawab.

Artikel Berkaitan: