Tun M kunjungi Canselor Republik Austria

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

VIENNA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery di sini hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Duta Malaysia di Austria, Datuk Ganeson Sivagurunathan dan tiga pegawai kanan Malaysia.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu untuk bertukar-tukar pendapat dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Austria, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, sains dan teknologi, pelancongan selain isu serantau serta antarabangsa membabitkan kepentingan bersama.- Bernama

Artikel Berkaitan: