X

Kindly register in order to view this article
!

Pahang benar budak, warga emas makan di kedai

Gambar hiasan
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Pahang membenarkan warga emas dan kanak-kanak memasuki premis makanan dan makan di tempat tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, arahan tersebut terpakai kepada medan selera, pusat penjaja, gerai makanan di tepi jalan, trak makanan di seluruh negeri dan juga kawasan rehat dan rawat (R&R).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kebenaran tersebut diputuskan setelah meneliti keadaan semasa dan keperluannya selain dilihat sebagai sebahagian daripada langkah peluasan operasi premis perniagaan di bawah pelaksanaan PKPP

"Kemudahan di kawasan R&R seperti surau dan tandas awam dibenarkan.

"Bagaimanapun, larangan untuk ke taman awam dan taman permainan di kawasan itu masih kekal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan termasuk menjaga penjarakkan sosial semasa berada di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang juga memutuskan tiada lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk di sesebuah meja bagi setiap premis perniagaan makanan.

"Saya meminta SOP yang ditetapkan sebelum ini seperti penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter antara pelanggan dan pekerja terus dipatuhi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf