Lima penjaring gol terbanyak Real Madrid

Benzema
Benzema
A
A
A

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema tidak pernah membayangkan dirinya akan tersenarai dalam lima penjaring gol terbanyak gergasi La Liga apabila berjaya mengatasi rekod Ferenc Puskas, Khamis lalu.

Benzema berkata, biarpun hanya berjaya mengatasi Puskas dengan kelebihan satu gol kejayaan itu sesuatu yang membanggakannya sejak menyertai Real Madrid musim 2009 lalu.

"Saya tidak pernah membayangkan perkara seperti ini dan ia membuatkan saya sangat gembira kerana nama saya kini tercatit dalam catatan sejarah kelab ini.

"Selama ini saya juga bekerja (beraksi) untuk jangka masa yang panjang dan saya akan terus meningkatkan prestasi dan menjaringkan lebih banyak gol pada masa hadapan.

"Apa pun saya berharap untuk meneruskan aksi saya bersama kelab ini (Real Madrid)," katanya yang menjaringkan dua gol ketika skuad Los Blancos itu menewaskan Valencia 3-0. Khamis lalu.

Kemenangan berkenaan sekali gus membantu skuad Los Blancos itu untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu La Liga, Barcelona.

Untuk rekod, Benzema kini mencatatkan 243 jaringan berbanding Puskas (242 goals) y Cristiano Ronaldo (451), Raul (323), Alfredo Di Stefano (308) and Santillana (290).

Selain itu, Benzema yang mencatatkan sejumlah 21 gol dalam 38 perlawanan musim ini turut tersenarai sebagai pemain keempat Real Madrid yang menjaringkan lebih daripada 20 gol dalam semusim.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane berharap agar Benzema dapat mengekalkan prestasi cemerlang dan terus menjaringkan gol selepas ini.

"Kemenangan ke atas Valensia, penting untuk kita terus mengejar kedudukan pendahulu Barcelona," katanya.