X

Kindly register in order to view this article
!

Kematian Floyd yang mengubah Amerika

Protest Black Lives Matter mula memberikan kesan yang positif di Amerika Syarikat. - Foto AFP
A
A

PROTES besar-besaran terhadap perkauman yang tercetus akibat pembunuhan pemuda kulit hitam, George Floyd memberi kesan meluas dalam masyarakat Amerika Syarikat (AS).

Kesannya melibatkan banyak sektor yang berhadapan dengan tindak balas ekoran layanan terhadap penduduk minoriti.

Daripada sektor perniagaan hingga sukan dan media kepada pendidikan, agensi berita AFP meninjau keadaan di syarikat-syarikat, pertubuhan dan personaliti yang berdiri dengan pergerakan Black Lives Matter yang menentang ketidakadilan perkauman.

Seorang bintang bola keranjang, LeBron James merupakan salah seorang yang pertama mengutuk kematian Floyd akibat tindakan seorang pegawai polis berkulit putih Minneapolis, AS pada 25 Mei lalu.

James kemudian mengumumkan dia merancang untuk mencari sebuah pertubuhan kebajikan yang mempunyai sasaran untuk membantu pemuda kulit hitam pada pilihan raya Presiden 3 November ini.

Rakannya, legenda Persatuan Bola Keranjang (NBA), AS, Michael Jordan berkata, dia akan menyumbangkan AS$100 juta (RM427 juta) kepada kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk kesaksamaan kaum dan keadilan sosial.

Bintang Liga Bola Sepak Kebangsaan AS, Tom Brady, Dak Prescott dan Drew Brees serta jurulatih-jurulatih NBA iaitu Steve Kerr termasuk Gregg Popovich merupakan antara lebih 1,400 orang daripada liga sukan terbesar AS yang mengemukakan surat kepada wakil-wakil rakyat AS menuntut penamatan imuniti polis.

Dalam salah satu penyusunan semula yang terbesar, bos NFL, Roger Goodell mengaku liga tersebut silap apabila bertindak mendiam diri berhubung protes aman para pemain liga tersebut.

Dia kemudian menggalakkan pasukan-pasukan untuk menandatangani pemain NFL, Colin Kaepernick yang dilarang bermain dengan liga tersebut selama tiga tahun kerana duduk melutut ketika lagu kebangsaan AS berkumandang sebelum perlawanan dimulakan.

Pemain bola keranjang, LeBron James antara yang turut memperjuangkan isu kematian Floyd.
Pemain bola keranjang, LeBron James antara yang turut memperjuangkan isu kematian Floyd.

Satu lagi momen yang terbesar ialah apabila Persatuan Lumba Kereta Auto (NASCAR) melarang kibaran bendera Persekutuan iaitu satu pemandangan biasa di litar perlumbaan di selatan negara AS.

Pekerja baharu Adidas

Syarikat Adidas pula mengumumkan bahawa 30 peratus pekerja baharunya di AS akan terdiri daripada penduduk kulit hitam atau Latin.

Tunjuk perasaan itu mencetuskan persoalan, perdebatan dan peletakan jawatan di kebanyakan pejabat editorial yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk kulit putih.

Selepas kemarahan meledak di online dan kritikan melampau daripada kebanyakan kakitangan akhbar New York Times, ketua ruangan editorialnya bertindak meletakkan jawatan.

Ketua ruangan editorial itu meletakkan jawatan selepas akhbar tersebut menyiarkan pilihan yang perlu dibuat oleh seorang senator AS.

Senaor AS itu menggesa supaya tentera digunakan terhadap para penunjuk perasaan di seluruh negara.

Syarikat Adidas membuat peraturan baharu tentang pengambilan pekerja susulan protes Black Lives Matter. - Foto AFP
Syarikat Adidas membuat peraturan baharu tentang pengambilan pekerja susulan protes Black Lives Matter. - Foto AFP

Ketua Editor akhbar Philadelphia Inquirer pula meletakkan jawatan selepas akhbar tersebut menerbitkan tajuk 'Buildings Matter too' (Bina juga Matter) yang kelihatan menyamakan perbuatan vandalisme dengan tindakan polis membunuh penduduk Afrika Amerika.

Conde Nast yang menerbitkan majalah Vogue, Vanity Fair dan The New Yorker bersama judul terbitan lain telah terperangkap dalam kekeliruan selepas editor Bon Appetit meletakkan jawatan berhubung tuduhan dia menyemarakkan iklim perkauman di majalah tersebut.

Editor Vogue, Anna Wintour pula meminta maaf kerana tidak mempromosikan suara pemuda kulit hitam dengan secukupnya semasa perkhidmatannya dengan majalah tetsebut.

Wintour juga meminta maaf kerana menyiarkan imej atau berita yang telah mengecewakan atau tidak bertoleransi di tengah-tengah dia akan meletakkan jawatan.

Platform-platform utama di internet seperti Amazon dan Netflix telah meletakkan kerja-kerja artis berkulit hitam di laman-laman mereka.

Platform terbaru HBO Max telah mengeluarkan filem Gone with the Wind diterbitkan pada tahun 1939 yang telah memenangi pelbagai anugerah Oscar kerana dianggap penuh dengan prejudis perkauman.

Ia telah mengeluarkan filem tersebut daripada katalog filem lama.

HBO Max juga akan membuat penjelasan berhubung warisan filem itu yang komplikated apabila ia disiarkan semula.

Pengarang Ava DuVernay yang dikenali dengan filem-filem antiperkauman telah dipilih menganggotai Lembaga Gabenor Anugerah Academi sekali gus menjadikan jumlah orang yang mempunyai pelbagai warna kulit kepada 12 daripada 54 orang.

Pihak Academy berkata, ia komited untuk berubah berhubung isu perkauman.

Dalam bidang muzik, label-label rakaman telah menggugurkan muzik urban yang dikaitkan dengan artis berkulit hitam sejak bertahun-tahun sama seperti rap, hip hop atau R&B.

Penyanyi irama country, Lady Antebellum menukar nama kepada Lady A.

Penggunaan perkataan 'antebellum' adalah merujuk kepada zaman sebelum Perang Saudara iaitu ketika perhambaan berlaku di Amerika Selatan.

Dalam buku-buku pula, buku berjudul How to Be an Antiracist oleh Ibram X. Kendi dan White Fragility oleh Robin DiAngelo merupakan antara yang paling laris jualannya.

Walaupun ditutup kerana pandemik coronavirus, kebanyakan sekolah dan universiti sudah terperangkap dalam perdebatan.

Bekas pelajar sekolah elit di New York iaitu Brearley pernah berkongsi pengalamannya tentang diskriminasi di laman akaun Instagram iaitu @BlackatBrearley.

Di universiti-universiti, mogok 10 Jun di bawah hashtag #ShutDownAcademia mempunyai pengikut yang ramai terutamnya di institusi berprestij iaitu Institut Teknologi Massachusetts dan Harvard.

"Ini merupakan konsensus tentang pengetahuan penduduk Afrika Amerika menghadapi diskriminasi dalam masyarakat yang perlu diperkatakan," kata Andra Gillespie iaitu pengarah Institut James Weldon Johnson di Universiti Emory. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!