Isu penerbitan buku teks DLP, ini penjelasan KPM...

Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan kelulusan khas untuk permohonan perolehan buku teks Tingkatan Tiga bagi subjek Sains dan Matematik di bawah Program Dwibahasa (DLP) hanya dilakukan melalui rundingan terus kepada sebuah syarikat penerbitan buku.

Sebaliknya, ia dilakukan melalui dua kaedah iaitu secara rundingan terus dan secara tender terbuka.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Pengusaha Pencetakan Melayu Malaysia (PPPMM) itu tidak benar sama sekali.

"Alnggapan bahawa semua penerbitan buku teks DLP, terutama yang melibatkan penerbit swasta dilaksanakan secara rundingan terus tidak tepat.

"Perlu dijelaskan bahawa Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 13 Januari 2019 adalah merujuk kepada kelulusannya untuk KPM membuat rundingan terus dengan DBP bagi menerbitkan buku teks DLP sekolah rendah (baharu dan cetak semula) seperti dalam surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 18 September 2018," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penerbitan rundingan terus yang dimaksudkan adalah membabitkan subjek Sains dan Matematik Tahun Tiga.

"Cetakan semula kedua-dua bukus teks untuk murid tahun tiga berjumlah 266,110 naskah telah diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Ia selaras dengan keputusan Majlis Tindakan Negara 1974 di mana DBP dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan buku teks sekolah rendah," katanya.

Artikel Berkaitan:

PPM dalam satu sidang media sebelum ini mempersoalkan tindakan Kementerian Kewangan itu yang dikatakan memberi kelulusan khas untuk permohonan perolehan buku teks DLP Tingkatan Tiga melalui rundingan terus kepada sebuah syarikat penerbitan buku.