Terus kekal amalkan normal baharu: Aminuddin

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Semua individu di negeri ini perlu menerapkan norma baharu ketika berada di luar biarpun situasi penularan koronavirus (Covid-19) menunjukkan perkembangan positif.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, masyarakat juga perlu terus meningkatkan amalan kendiri bagi memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut.

Biarpun negeri ini turut mencatatkan sifar bagi kes baharu semalam, beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak leka dengan perkembangan itu.

"Kita harus ingat bahawa jumlah kes baharu Covid-19 menurun disebabkan oleh amalan kendiri yang diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.

"Sehubungan itu, saya berpesan kepada semua, janganlah leka ketika berada di luar, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan menerapkan norma baharu dalam kehidupan," katanya dalam satu kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Berdasarkan rekod semalam, Negeri Sembilan mencatatkan sifar bagi kes baharu dan tiada kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan jumlah terkumpul kes kematian Covid-19 kekal sebanyak lapan kes manakala jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini kekal sebanyak 994 kes.

Bagaimanapun, daerah Rembau iaitu mukim Pedas masih lagi kekal sebagai zon merah dengan jumlah 43 kes Kluster Pedas, yang kini keadaannya terkawal serta dalam pemantauan.

Artikel Berkaitan: