X

Kindly register in order to view this article
!

Goodday sekali lagi diiktiraf Malaysia Book of Records

Goodday menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila berjaya menganjurkan sesi moreh digital terbesar.
A
A

KUALA LUMPUR - Goodday Milk mencipta sejarah tersendiri apabila sekali lagi diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records setelah berjaya menganjurkan sesi moreh digital terbesar dikenali sebagai 'Kekal Sejahtera'.

Difahamkan, kempen tersebut yang berlangsung pada 22 Mei lalu berjaya merekodkan seramai 814 penyertaan menerusi aplikasi Webex.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn Bhd, T Sundaram berkata, pihaknya amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peserta sekali gus memberi pengiktirafan kepada jenama susu Goodday yang bertapak sejak tahun 1968 lagi.

"Secara tradisi, moreh akan dianjurkan di masjid atau surau selepas solat tarawih, namun kali ini sambutan agak terbatas kerana serangan koronavirus (Covid-19).

"Jadi, tujuan kami menganjurkan kempen Kekal Sejahtera ini adalah untuk memberikan mesej kepada rakyat di negara ini bahawa mereka masih dapat mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan lalu menerusi sesi moreh digital ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sesi moreh digital terbesar yang pertama kali dianjurkan itu turut membawakan beberapa selebriti tanah air terkemuka antaranya Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ustaz Don Daniyal dan beberapa penyampai radio tempatan.

Tambah Sundaram, Goodday selaku jenama susu terkemuka turut berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records menerusi kempen yang diusahakan mereka itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus