14 peniaga termasuk lima warga asing dikompaun

Anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis sewaktu operasi berkenaan. Foto: Ihsan KPDNHEP
Anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis sewaktu operasi berkenaan. Foto: Ihsan KPDNHEP
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 14 peniaga termasuk lima warga asing dikenakan tindakan kompaun yang keseluruhannya bernilai RM36,400 melalui operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, semalam.

Difahamkan, operasi yang bermula jam 11 pagi itu dilaksanakan di kawasan Aman Suria Damansara, Prima Damansara, Damansara Damai, SS2 dan PJ Old Town.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, kesemua mereka dikenakan denda sebanyak RM2,600 setiap seorang membabitkan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebanyak dua kes manakala 12 lagi mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Peniaga perlu memastikan alat timbangan yang digunakan mereka adalah bagi tujuan perdagangan ditentusahkan dan masih berada dalam tempoh dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Zikril turut menasihati peniaga agar dapat mematuhi segala peraturan ditetapkan termasuk dapat mengemas kini penandaan harga bagi barangan yang dijual di premis mereka.

"Jangan ambil kesempatan ketika masyarakat berada dalam situasi getir ini memandangkan kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan ekonomi juga tidak menentu," katanya.

Artikel Berkaitan: