X

Kindly register in order to view this article
!

Tugas Arteta lebih mencabar berbanding Lampard

Arteta (kiri) berdepan tugasan jauh lebih sukar di Arsenal berbanding Lampard di Chelsea.
A
A

MIKEL Arteta berdepan tugasan jauh lebih sukar di Arsenal daripada Frank Lampard di Chelsea dalam memantapkan skuad masing-masing pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas tonggak Arsenal, Cesc Fabregas berkata, pengendali dari Sepanyol itu berjaya mengembalikan beberapa nilai ke utara London sejak mengambil alih tugas tahun lalu.

Menurutnya, Arteta menghabiskan tiga tahun sebagai pembantu Pep Guardiola sebelum menggantikan Unai Emery di Emirates.

Katanya, Lampard juga datang ke Stamford Bridge pada 2019 setelah membimbing Derby ke final play-off Liga Kejuaraan pada musim pertamanya sebagai pengurus.

“Arteta dan Lampard mempunyai falsafah bola sepak masing-masing, namun Arteta menghadapi tugas yang lebih sukar kerana dia terpaksa membina semula skuadnya.

“Chelsea pula mempertaruhkan Lampard kerana itu adalah tahun keduanya sebagai pengurus utama dan dia berjaya melakukannya dengan sangat baik.

“Dengan Arteta pun sama. Dia bersama Pep (Guardiola) selama tiga tahun, dan saya yakin dia seperti tuan untuk mana-mana pengendali muda yang ingin mula menjadi pengurus.

“Saya rasa dia berjaya dengan baik (setakat ini) dan saya yakin dia mampu membawa kembali beberapa nilai ke kelab yang diperlukan,” katanya yang juga bekas pemain Chelsea.

Tambah pemain berusia 33 tahun yang kini beraksi untuk AS Monaco itu, ia adalah pekerjaan yang lebih sukar daripada Chelsea dalam usaha membina semula skuad.

“Mereka sangat muda dan mereka menghadapi masalah kerana (Arteta) bermula lebih jauh daripada Chelsea.

“Tetapi saya yakin mereka akan segera muncul dan musim depan boleh menjadi yang terbaik bagi mereka,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!