RM324,729.20 hasil rasuah dilucut hak

SPRM
A
A

KOTA BHARU - Sejumlah RM324,729.20 wang hasil rasuah yang disita daripada projek membaik pulih rumah mangsa banjir di sekitar jajahan Tanah Merah dilucut hak di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Keputusan dibuat Majistret, Izuddin Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan lucut hak yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan.

Beliau turut memutuskan wang yang dilucut hak itu dimasukkan ke dalam hasil kerajaan Malaysia seperti mana permohonan perintah yang dibuat SPRM.

Pada prosiding itu, responden juga ahli politik Tanah Merah terbabit tidak diwakili peguam.