Dua pemilik kediaman berdepan tindakan kompaun

Anggota Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kuala Nerus mengeluarkan dua kompaun ketika pemeriksaan 169 premis di perumahan Taman Desa Solehah di Padang Air.
Anggota Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kuala Nerus mengeluarkan dua kompaun ketika pemeriksaan 169 premis di perumahan Taman Desa Solehah di Padang Air.
A
A
A

KUALA NERUS - Dua pemilik kediaman di perumahan Taman Desa Solehah berdepan tindakan kompaun selepas pemeriksaan menemukan jentik-jentik di kawasan rumah mereka dalam ‘Operasi Wabak’ di sini.

Operasi bersepadu itu disertai lapan pasukan dengan kekuatan 35 anggota Pejabat Kesihatan Kuala Nerus melibatkan aktiviti pemeriksaan serta pembersihan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, Dr Rohayati Muda berkata, tujuan operasi diadakan bagi mencegah dan mengawal penularan penyakit demam denggi melalui tindakan penguatkuasaan di kawasan wabak.

Menurutnya, daripada 169 premis yang diperiksa, dua pemunya premis berdepan tindakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bernilai RM 500 setiap satunya.

"Kegagalan menjelaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan pengusaha berdepan pendakwaan di bawah Seksyen 13 akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun bagi kesalahan kali pertama," katanya di sini, hari ini.

Operasi di perumahan Taman Desa Solehah di Padang Air melibatkan lapan pasukan dengan kekuatan 35 orang anggota.
Operasi di perumahan Taman Desa Solehah di Padang Air melibatkan lapan pasukan dengan kekuatan 35 orang anggota.

Menurutnya, orang ramai diingatkan untuk menjaga kawasan sekitar bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakan Aedes.

Artikel Berkaitan: