Budak 2 tahun terperangkap, pintu kereta terkunci sendiri

Pintu kereta terkunci sendiri sebaik wanita berkenaan keluar untuk mengambil anaknya yang berada di bahagian penumpang belakang. (Gambar hiasan - Foto 123RF)
Pintu kereta terkunci sendiri sebaik wanita berkenaan keluar untuk mengambil anaknya yang berada di bahagian penumpang belakang. (Gambar hiasan - Foto 123RF)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang berusia 2 tahun terperangkap dalam kenderaan miliknya selepas pintu terkunci sendiri di kawasan parkir Kluang Mall, dekat Kluang hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Mohd Bani berkata, pada kejadian pada jam 12.39 tengah hari tadi, wanita berusia 20-an itu keluar daripada kenderaan untuk mengambil anaknya yang duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak bahagian penumpang belakang.

“Bagaimanapun, pintu kereta terkunci sendiri sebaik wanita berkenaan keluar untuk mengambil anaknya yang berada di bahagian penumpang belakang.

“Pengawal keselamatan di situ juga cuba membantu kira-kira 20 minit, namun gagal lalu pihak bomba dihubungi untuk mendapatkan bantuan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, seramai 10 anggota dengan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan sebuah Motosikal Gerak Cepat dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pihak bomba berjaya membuka pintu berkenaan tiga minit kemudian dengan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu dalam keadaan selamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: