Pemergian Pak Malim kehilangan besar negara, dunia sastera

Allahyarham Mohamed Ghazali Abdul Rashid
Allahyarham Mohamed Ghazali Abdul Rashid
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menzahirkan dukacita atas pemergian Tokoh Sasterawan Perak, Dr Mohamed Ghazali Abdul Rashid yang meninggal dunia akibat kanser hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan pemergian Mohamed Ghazali atau lebih dikenali Malim Ghozali PK sebagai kehilangan besar kepada negara dan dunia sastera.

"Saya secara peribadi sangat rapat dengan Allahyarham, malah menganggap beliau bagaikan ayah saya sendiri.

"Pastinya kita akan terus menyanjungi karya-karya ulung beliau yang telah menjadi sebahagian daripada khazanah agung bidang sastera negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta semua rakyat yang beragama Islam mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

"Kita doakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini," katanya.

Allahyarham ialah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Award) pada 2013 dan dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada 2014.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, anak kelahiran Malim Nawar itu sempat menghasilkan karya terbaharu iaitu novel bertajuk Gunung Cha.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK meninggal dunia