Budak hilang, cari bapa di Golok

Dua beradik hilang yang tular di media sosial.
Dua beradik hilang yang tular di media sosial.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak hilang bersama adik perempuan selepas keluar dari rumah di Tumboh di sini, semalam dipercayai mahu mencari bapa mereka yang berada di Golok, Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, Nur Fatihah Najwa Seman, 12 dan adiknya Siti Nur Insyirah, 9, dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 4 petang sebelum disedari ibu mereka.

“Dua beradik itu disedari hilang oleh ibu mereka yang berusia 33 tahun sebaik dia pulang ke rumah pada petang selepas habis waktu bekerja di sebuah kedai makan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian 12.41 tengah malam tadi.

“Dikatakan, dua beradik tersebut sebelum itu turut memecahkan tabung dan membawa wang RM30 hingga RM40,” katanya selepas Majlis Amanat, Dialog dan Pemeriksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, hari ini.

Hasanuddin (kanan) menunjukkan gambar dua beradik hilang yang tular di media sosial.
Hasanuddin (kanan) menunjukkan gambar dua beradik hilang yang tular di media sosial.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: