25 lagi kes Covid-19 dilaporkan di Seoul

Korea Selatan secara keseluruhan menambah 59 kes, paling banyak dilaporkan dalam tempoh tiga minggu menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini sebanyak 12,257.
Korea Selatan secara keseluruhan menambah 59 kes, paling banyak dilaporkan dalam tempoh tiga minggu menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini sebanyak 12,257.
A
A
A

SEOUL - Jumlah kes baharu koronavirus (Covid-19) di Seoul, Korea Selatan terus meningkat sebanyak 25 pada hari ini dan kebanyakannya dilaporkan di sebuah pusat jagaan warga emas, lapor agensi berita Yonhap.

Sebelas kes membabitkan penghuni pusat jagaan harian warga emas di timur laut Dobong, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Dua lagi kes berkaitan dengan penjual produk kesihatan dari rumah ke rumah yang sasaran pelanggannya terdiri warga emas.

Sementara tiga lagi kes dikaitkan dengan kluster gereja sementara satu kes dikesan di sebuah kelab pingpong di barat Seoul.

Rata-rata kadar kes kematian terkini membabitkan warga emas, 9.91 peratus mereka yang berusia 70-an dan 25.69 peratus berumur 80-an atau lebih.

Korea Selatan secara keseluruhan menambah 59 kes, paling banyak dilaporkan dalam tempoh tiga minggu, menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini sebanyak 12,257. - Bernama

Artikel Berkaitan: