X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori mabuk didenda RM6,200

Gambar hiasan
A
A

PORT DICKSON - Seorang pemandu lori didenda RM6,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan, minggu lalu.

Majistret, Siti Huzaifah Abd Talib menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, S Janagan, 27, mengaku bersalah pertuduhan bagi kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Berdasarkan pertuduhan, Janagan didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan melibatkan Honda City miliknya yang menghimpit sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di Dataran Segar di sini kira-kira jam 10.45 malam pada 12 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda dari RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan atau denda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun bagi kesalahan kedua.

Dia juga turut didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 6 LN 166/59 yang boleh dihukum kompaun sebanyak RM300.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!