Kelantan perluas jaringan jalur lebar

Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara PKINK dan TM di Dataran Ilmu hari ini.
Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara PKINK dan TM di Dataran Ilmu hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengotakan salah satu janji manifesto PRU14 lalu untuk meluaskan jaringan jalur lebar di negeri ini secara berperingkat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, 10 kawasan utama di Kota Bharu yang menjadi tumpuan akan mempunyai akses jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk di lokasi seperti Medan Mara, Jalan Dato Pati (stesen teksi), Jalan Parit Dalam, Bazar Buluh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Beliau berkata, akses jalur lebar itu melibatkan kerjasama di antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Telekom Malaysia.

“Kita akan laksanakan secara berperingkat termasuk di pejabat Adun dan sekolah-sekolah agama di negeri ini.

“Justeru kita harap dengan ini penyaluran maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih bermanfaat dan mengelakkan penularan perkara yang menimbulkan fitnah dan ketegangan,” katanya selepas merasmikan Kelantan Free Wifi di Dataran Ilmu hari ini.

Artikel Berkaitan: