X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas eksekutif, suami didakwa seleweng wang yayasan milik PM

A
A

KUALA LUMPUR - Bekas eksekutif Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan suaminya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM658,769.19.

Mimi Khairani Baharudin,35, didakwa atas tiga pertuduhan manakala Mohd Shaufik Ariffin,37, didakwa 17 pertuduhan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menggunakan sebanyak RM274,408 yang diperoleh daripada aktiviti tidak sah.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bank Islam Malaysia cawangan Medan Mara dan dan Maybank Berhad Pandan Jaya antara Disember 2012 dan Mei 2015.

Mohd Shafiq yang bekerja sebagai kerani akaun dituduh menggunakan, menerima dan melupuskan wang berjumlah RM429,960.66 yang didakwa milik YNY antara 2015 dan 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Farid Ahmad Kamal menawarkan jaminan RM250,000 seorang bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

“Akaun-akaun bank milik mereka termasuk ahli keluarga Mimi Khairani iaitu ibu dan empat adik-beradiknya telah dibekukan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam, Norizawani Ahmad Jalaludin yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu agar kadar jaminan dikurangkan atas alasan Shafiq merupakan punca pendapatan keluarga manakala Mimi Khairani sedang hamil dengan kandungan memasuki lima bulan.

Hasbullah menetapkan ikat jamin sebanyak RM700,000 ke atas Mohd Shafiq manakala RM105,000 terhadap Mimi Khairani.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan sebagai sebutan semula kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!