X

Kindly register in order to view this article
!

Alat pengesan suhu, cecair pembasmi kuman dirampas gagal pamer harga

Muniandy (kanan) memeriksa tanda harga alat pengesan suhu badan di sebuah farmasi di Jitra dekat sini semalam. - -Foto ihsan KPDNHEP Kubang Pasu
A
A

JITRA - Sebanyak sembilan unit alat pengesan suhu badan pelbagai jenama bernilai RM1,800 dan 62 unit cecair pembasmi kuman dengan kapasiti 600 milimeter setiap satu dengan nilai RM1,500 disita selepas gagal mempamerkan tanda harga semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kubang Pasu, K Muniandy berkata, kesemua barangan dirampas itu dijual oleh empat buah farmasi di sekitar Jitra dan Kerpan.

Menurutnya, kesalahan direkodkan di bawah Perintah Kawalan Harga (Pelabelan Oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980.

"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti pembekal kesemua barangan yang disita ini dan jika sabit kesalahan boleh dituduh di Mahkamah.

"Denda bagi kesalahan ini untuk Pertubuhan Perbadanan didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muniandy berkata, pengguna dinasihatkan membeli barangan yang dibungkus untuk jualan selain memastikan barangan itu mempunyai label pengilang, pengimport, pengeluar atau penjual borong.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!