Lelaki bunuh isteri direman tujuh hari

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Pasir Puteh pada jam 9.30 pagi tadi.
Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Pasir Puteh pada jam 9.30 pagi tadi.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki warga Myanmar direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh isterinya, Nor Begum Dil Muhammad, 28, yang juga merupakan warga Myanmar.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Dini Syazwan Ab Shukor.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Pasir Puteh pada jam 9.30 pagi.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang wanita warga Myanmar maut ditikam suami sendiri dipercayai akibat cemburu buta dalam kejadian di Kampung Gong Garu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh isteri kerana cemburu

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Nor Begum maut akibat kecederaan parah selepas ditikam sebanyak dua kali oleh suaminya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dicekup polis di Kota Bharu pada jam 3 petang ketika cuba melarikan diri.

Difahamkan, pasangan itu dan dua anak lelaki berusia tiga serta empat tahun baru sahaja menyewa sebuah rumah di kawasan berkenaan sejak dua bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini pasangan suami itu menetap di Jerteh, Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.