PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi

PKNS Uptown Shah Alam dibuka sepenuhnya kepada pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak Covid-19.
PKNS Uptown Shah Alam dibuka sepenuhnya kepada pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM – PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Utara PKNS, Ir Mohd Muhidin berkata, pembukaan semula Uptown itu selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuat kuasa kerajaan minggu lalu.

Menurutnya, pihak PKNS sudah melakukan proses sanitasi sebelum semua peniaga dan pengunjung dibenarkan memasuki premis jualan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan semua pihak.

Katanya, pihaknya turut menempatkan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) bagi mempertingkat kecekapan pengawalan kawasan premis.

“Sebelum masuk ke Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan memakai topeng muka dan menyaring suhu badan.

“Pengunjung juga perlu menggunakan aplikasi SeLangkah bagi membantu ‘contact tracing’ dan hanya 100 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Muhidin berkata, pembukaan semula Uptown Shah Alam adalah langkah tepat dalam pelan pemulihan ekonomi kepada lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam.

Beliau dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana memberikan kerjasama terutamanya dalam penyelarasan SOP operasi seterusnya memberi kelulusan pembukaan kembali Uptown Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

“PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.

“Pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta elakkan membawa golongan berisiko bagi mencegah jangkitan Covid-19,” katanya.