Sambut baik usaha wujudkan pelan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor

Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly Ahmad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mengalu-alukan usaha kerajaan Johor memperkenalkan pelan 'Tujuh Ikhtiar Makmur Johor' bagi memulihkan ekonomi negeri susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pelan pemulihan itu sememangnya merupakan tanggungjawab kerajaan negeri dalam mengemukakan pelan pemulihan pasca Covid-19.

"Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) kerana bersikap terbuka dalam meneruskan dasar-dasar dan program yang dilaksanakan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor khususnya yang memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat Johor.

“Tujuh Ikhtiar Makmur Johor yang diumumkan baru-baru ini adalah penubuhan Ibrahim Johor Economic Council (IJEC), Johor Digital Masterplan, Pembangunan Segitiga Singapura-Johor-Riau (SIJORI), Johor Investment Company (JICO) dan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengharapkan pelan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor ini dapat membantu kerajaan negeri mengharungi fasa kemelesetan ekonomi pasca Covid-19 dengan jayanya.

"Semasa di bawah pemerintahan PH, kerajaan negeri ketika itu telah meluluskan beberapa perancangan memperkasakan Teknologi Digital dan Ekonomi Digital," katanya.

Artikel Berkaitan: