X

Kindly register in order to view this article
!

Lepas gian dalam kebun kelapa sawit

Pemeriksaan dijalankan polis berjaya menahan empat penagih di sebuah kawasan kebun kelapa sawit semalam.
A
A

PASIR SALAK - Empat lelaki termasuk seorang warga emas yang sedang asyik melepas gian dicekup polis dalam satu rondaan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Biak, Kampung Gajah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 45 hingga 61 tahun itu ditahan bersama 4.29 gram dadah oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Gajah kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi telah menjumpai empat peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki heroin seberat 3.25 gram dan tiga paket plastik berisi syabu seberat 1.04 gram.

"Ketika serbuan, kesemua mereka sedang leka hisap dadah, turut ditemui beberapa peralatan digunakan bagi aktiviti berkenaan.

Polis bongkar kegiatan menghisap dadah di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Biak, Kampung Gajah semalam.
Polis bongkar kegiatan menghisap dadah di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Biak, Kampung Gajah semalam.

"Siasatan lanjut mendapati, kebun ini telah dijadikan port melepas gian sejak hampir sebulan lalu," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis morfin.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!