Cubaan seludup dadah ke Sarawak

Polis turut menemui satu botol dan bekas juga disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 81 gram.
Polis turut menemui satu botol dan bekas juga disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 81 gram.
A
A
A

SEPANG - Cubaan dua lelaki menyeludup dadah ke Sarawak dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, gagal selepas mereka ditahan di Balai Pelepasan Domestik, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, suspek berusia 26 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.15 petang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

"Pemeriksaan dalam beg suspek menemui tiga bungkusan disyaki berisi dadah jenis syabu seberat kira-kira 3.08 kilogram.

"Polis turut menemui satu botol dan bekas juga disyaki mengandungi dadah syabu seberat 81 gram," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, nilai dadah itu dianggarkan bernilai RM120,000 dan siasatan mendapati suspek berasal dari Sarawak serta dipercayai terlibat sindiket dadah.

"Ujian air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu selain salah seorang daripada mereka memiliki rekod lampau bersabit kes dadah.

"Suspek direman enam hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: