X

Kindly register in order to view this article
!

Lima rumah kedai musnah dalam kebakaran

Keadaan lokasi kejadian malam tadi.
A
A

KUALA PILAH - Lima buah rumah kedai dua tingkat di pekan Kuala Pilah di sini musnah terbakar, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Kebakaran tersebut melibatkan kedai alat ganti kereta, kedai kasut, kedai buku, kedai pakaian dan kedai cermin mata.

Seorang peniaga ubat tradisional, Kwong Ban Sun, Seow, 71 berkata, lokasi kebakaran itu melibatkan bangunan di hadapan premisnya.

"Ketika kejadian, saya berada dalam kedai sedang menonton televisyen, tiba- tiba terdengar bunyi letupan kuat, sebaik keluar saya lihat kedai berkenaan telah terbakar.

"Api merebak dengan cepat mungkin disebabkan faktor usia bangunan yang sudah mencecah 90 tahun," katanya yang sudah berniaga di lokasi itu lebih 70 tahun lalu.

Lima buah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran.
Lima buah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran.

Sementara itu, Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 malam.

"Seramai 40 anggota Bomba dan Penyelamat terdiri dari balai Kuala Pilah, Seri Menanti, Bahau dan dibantu balai Seremban 2 memadam kebakaran.

“Berdasarkan maklumat awal, kami dimaklumkan hanya tiga buah kedai terbakar, bagaimanapun setelah kerja-kerja pemadaman selesai pada jam 1.30 pagi, kami dapati lima buah kedai musnah," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiga buah jentera (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS), dua buah water tanker serta sebuah Aerial Ladder Platform (ALP) digunakan untuk kerja-kerja memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Tambah Ahmad Mukhlis, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan lanjut dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf