Didenda RM30,000 miliki selipar tiruan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 1,770 selipar tiruan berjenama antarabangsa.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Cheah Eng Kiat mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapkan ke atasnya.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, berdasarkan pertuduhan, Eng Kiat mengaku memiliki 1,770 selipar berjenama Adidas, Nike, Gucci, Fila, Louis Vuitton dan Tommy Hilfiger.

"Dia dituduh di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

"Barang kes telah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, tertuduh telah menjelaskan bayaran denda di mahkamah.

Artikel Berkaitan: