Niat jahat curi ambulans terbalas

Ambulans yang dicuri dari sebuah balai bomba terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Annapolis, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu. - Foto Jabatan Bomba Mukim Anne Arundel
Ambulans yang dicuri dari sebuah balai bomba terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Annapolis, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu. - Foto Jabatan Bomba Mukim Anne Arundel
A
A
A

ANNAPOLIS - Niat jahat seorang wanita yang mencuri sebuah ambulans dari sebuah balai bomba dan penyelamat menerima padah apabila terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah van di Annapolis, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.

Menurut laporan portal berita WJLA pada 13 Jun lalu, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian kecurian di Balai Bomba Anne Arundel di Annapolis Barat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.07 tengah hari itu, seorang wanita yang tidak dikenali dikatakan memasuki balai bomba itu sebelum memandu sebuah ambulans, kata seorang pegawai di balai bomba berkenaan.

Polis kemudian menggiatkan usaha memburu suspek yang lari dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, malang nasib pencuri wanita berkenaan apabila dalam keadaan kelam kabut memandu ambulans yang dicurinya, dia kemudian merempuh sebuah dalam van tersebut.

Pemandu wanita berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan yang serius dan dibawa untuk dirawat di pusat rawatan Baltimore Shock Trauma.

Polis Mukim Anne Arundel kini sedang menyiasat suspek tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: